Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 130

A A A
Alkitab Versi Borneo

Nyanyian ziarah. 1Daripada deritaku yang dalam aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN;

2Tuhan, dengarlah suaraku.

Berilah perhatian-Mu kepada suara permohonanku.

3Jika Engkau, TUHAN, mengingati dosa,

Ya Tuhan, siapa yang dapat bertahan?

4Tetapi ada pengampunan dengan-Mu;

supaya Engkau ditakuti.

5Aku menantikan TUHAN, jiwaku menanti,

dan kepada firman-Nya kusandarkan harapan.

6Jiwaku menantikan Tuhan lebih daripada penjaga menunggu pagi,

ya, lebih daripada penjaga menunggu pagi.

7Wahai Israel, berharaplah kepada TUHAN,

kerana pada TUHAN ada kasih setia dan pada-Nya ada kebebasan yang berlimpah.

8ADan Dia akan menebus Israel daripada segala dosanya.